Tuesday, July 21, 2026

Al-Ittihad percaya usaha dapatkan Salah hanya tertangguh

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KELAB gergasi Arab Saudi, Al-Ittihad percaya usaha mereka untuk mendapatkan penyerang Liverpool, Mohamed Salah hanya tertangguh selepas jendela perpindahan Liga Pro Saudi ditutup, malam tadi.

Beberapa eksekutif kanan kelab itu berada di London sejak Sabtu lalu bagi mengadakan perbincangan dengan Liverpool.

Bagaimanapun, The Reds kekal dengan keputusan untuk mengekalkan Salah selepas menolak tawaran mega sebanyak RM875.7 juta.

Ini disokong dengan kenyataan pengarah kelab, Mike Gordon yang berkata, penyerang Mesir itu tidak akan dijual pada musim panas ini.

Pengurus, Jurgen Klopp pada Sabtu lalu turut mendedahkan dia tidak bimbang dengan komitmen yang ditunjukkan Salah untuk kekal di Anfield.

Sementara itu, Al-Ittihad dijangka akan kembali pada perpindahan Januari depan dengan tawaran lebih tinggi RM.117 biliion untuk mendapatkan Salah.

Namun, dua lagi kelab yang turut dimiliki Public Investement Fund (PIF), Al-Ahli dan Al-Hilal dilapor kan bersaing untuk mendapatkan pemain berusia 31 tahun tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, Liverpool kini berperang dengan masa untuk memastikan pembangunan semula Anfield siap sebelum aksi derbi Merseyside menentang Everton bulan depan. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan