33.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Tolak rasuah tangani kemiskinan, janji bakal PM Thailand

Mesti Baca

BAKAL memberi komitmen untuk menangani kemiskinan dan ketidaksamaan, itu janji bakal Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin.

Jutawan hartanah itu berkata, beliau turut menangkis dakwaan rasuah menjelang undian pengesahan bagi jawatan itu minggu depan.

Sebelum ini, Parti Pheu Thai yang berusia 60 tahun mengetuai gabungan pelbagai parti yang ditubuhkan selepas parti reformis, Move Forward Party (MFP), yang memenangi kerusi terbanyak, menyaksikan pemimpinnya dinafikan jawatan Perdana Menteri oleh konservatif, pasukan pro tentera.

“Saya ingin mengulangi bahawa musuh saya adalah kemiskinan dan ketidaksamaan.

“Matlamat saya adalah untuk menjadikan kehidupan setiap orang Thailand lebih baik,” kata Srettha lagi dalam mesej video yang dimuat naik di hantaran di Facebook.

Srettha adalah bekas ketua gergasi hartanah Thailand iaitu Sansiri.

Beliau turut menolak dakwaan berhubung urusan tidak wajar yang dilakukannya dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini seperti dikatakan oleh Chuwit Kamolvisit, bekas hartawan rumah urut yang kemudian menjadi pemberi maklumat anti rasuah.

Advertisements

“Kami telus dalam tugas kami. Saya datang ke sini hari ini untuk menunjukkan saya tidak bersalah kepada masyarakat umum dan aktiviti saya dilakukan mengikut undang-undang.

“Saya ingin menyangkal semua dakwaan yang dibuat Chuwit terhadap saya,” katanya.

Chuwit, pada minggu ini meminta polis menyiasat dua pembelian tanah oleh Sansiri, yang disenaraikan di bursa saham Thailand.

Speaker Dewan Rakyat, Wan Muhamad Noor Matha mengesahkan pengundian bagi jawatan Perdana Menteri akan dibuat pada Selasa, bermula selewat-lewatnya jam 3 petang waktu tempatan.

Untuk menjadi Perdana Menteri, Srettha memerlukan majoriti di kedua-dua dewan rakyat, terdiri daripada 500 Ahli Parlimen yang dipilih dan 250 ahli senat, yang dipilih sendiri oleh junta kerajaan sebelum ini.

Bantahan senat terhadap rancangan MFP untuk memperbaharui undang-undang penghinaan diraja dan menangani monopoli perniagaan menenggelamkan cita-cita pemimpin parti itu, Pita Limjaroenrat. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan