33 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Tiga pertuduhan AMLA juga harus digugurkan – Mohamed Azmin

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

TIGA pertuduhan terhadap bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (AMLA) harus digugurkan.

Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ini adalah kerana kesalahan utama beliau telah dibatalkan, maka tiga lagi pertuduhan juga tidak boleh berdiri secara sendiri.

“PN yakin bahawa Muhyiddin tidak pernah terlibat dalam amalan rasuah dan salah guna kuasa.

“Malahan, beliau adalah seorang yang tuntas menentang amalan rasuah termasuk menentang skandal kewangan terbesar 1MDB sehingga beliau dipecat sebagai timbalan perdana menteri,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini melepas dan membebaskan Muhyiddin daripada empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi Parti Peribumi Bersatu (Bersatu) berhubung projek Jana Wibawa.

Sementara itu, Mohamed Azmin berkata, kejayaan hari ini membuktikan ada ‘tangan’ yang berniat jahat untuk mencalarkan imej dan kredibiliti Bersatu khususnya Muhyiddin supaya rakyat menolak PN.

“Tapi apa yang berlaku dalam Pilihan Raya Negeri adalah sebaliknya. PN telah menang besar di Terengganu, Kelantan, Kedah dan menang dengan jumlah yang signifikan di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

“Keputusan Mahkamah akan memperteguhkan pendirian kami untuk menentang segala bentuk amalan rasuah dan salah guna kuasa dalam kerajaan hari ini,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

In Saff Travel tawar pakej umrah serendah RM4970

BERUSAHA memberikan yang terbaik terhadap pelanggannya, syarikat pengendali pakej umrah, In Saff Travel & Tours Sdn Bhd menampilkan pakej...

Lagi Artikel Berkaitan