27 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Pendaftaran Liga e-Sukan kini dibuka – KBS

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENDAFTARAN bagi Liga e-Sukan 2023 (MEL23) bagi peringkat negeri dan kebangsaan telah pun dibuka sehingga 23 Ogos ini.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berkata, MEL23 terbahagi kepada dua siri iaitu liga-liga negeri, peringkat kebangsaan dan siri terbuka. 

Katanya, ia akan mempertandingkan tujuh permainan seperti Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), Player Unknown’s Battleground Mobile (PUBGM), eFootball Mobile dan Valorant untuk liga-liga negeri dan kebangsaan.

“Manakala Dota 2, eFootball Console dan Tekken 7 akan dipertandingkan untuk siri terbuka dengan jumlah hadiah kemenangan terkumpul bernilai RM393,700. 

“Liga-liga negeri akan berlangsung bermula 28 Ogos hingga 5 November, manakala bagi peringkat kebangsaan (16 September hingga 1 Oktober). Untuk siri terbuka, pendaftaran akan dibuka pada 1 sehingga 26 Oktober,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Advertisements

Esports Integrated (ESI) adalah inisiatif di bawah KBS yang bertujuan memangkin ekosistem sukan elektronik yang rancak, inklusif dan mampan di negara ini. 

ESI akan menganjurkan MEL23 buat tahun ketiga dan merupakan salah satu program utama dalam Pelan Strategik Pembangunan Sukan Elektronik KBS 2020-2025 yang menyediakan platform persaingan inklusif untuk bakat-bakat sukan elektronik tempatan. 

KBS berkata, penganjuran MEL23 adalah sebahagian daripada sirkit kejohanan yang bermula dari peringkat akar umbi iaitu liga-liga negeri dan kebangsaan.

“Seterusnya ke peringkat profesional tempatan iaitu Kejohanan Sukan Elektronik Malaysia (MEC) dan ke pertandingan peringkat profesional anjuran penerbit permainan seperti Mobile Legends: Pro League Malaysia dan PUBG Mobile National Championship Malaysia,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan