30.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 15, 2024

Perjuangan rock Jinbara belum berakhir

Mesti Baca

KUMPULAN rock, Jinbara kembali meneruskan perjuangan mereka dengan pelancaran single terbaharu berjudul ‘Kurniaku Terindah’.

Diterbitkan oleh bawah Luncai Emas Sdn Bhd, lagu ini adalah satu projek rakaman khas Jinbara bersama Luncai Emas bagi terus mengukir nama di dalam industri muzik rock.

Seperti yang diungkapkan oleh komposer lagu ini iaitu Datuk M Nasir, “Perjuangan dan perjalanan rock mereka masih belum tamat lagi’’.

Lagu Kurniaku Terindah membuktikan bahawa perjalanan muzik Jinbara masih jauh dari pengakhirannya.

Sebagai Kumpulan rock yang telah menghasilkan lagu-lagu popular seperti Kasihnya Laila, Farhana, Cinta Pantai Merdeka, dan Patri, Jinbara merasakan bahawa Kurniaku Terindah adalah pencapaian baru buat mereka.

“Ini suatu penghargaan besar buat kami dan rasa bersyukur kerana masih diberikan kepercayaan untuk membawakan lagu hasil ciptaan M Nasir.

“Single baru ini memberikan satu erti apabila kita masih lagi bernafas hingga hari ini, diberikan kesihatan yang baik, maka itulah kurnia terindah dari Maha Esa,” kata Jinbara.

Bagi proses rakaman single ini, semuanya berjalan dengan lancar sebelum menerima berita duka pemergian Allahyarham Tony Iskandar pada 30 Jun 2021 (bekas pemain bass kumpulan Spider).

Allahyarham adalah pencetus utama dalam penerbitan single Kurniaku Terindah ini dan tugas sebagai produser lagu diambil alih oleh Hanafi Spider.

Advertisements

‘’Sewaktu rakaman awal, Allahyarham Tony sememangnya berhasrat untuk menyiapkan projek lagu baru ini hingga siap.

“Arwah juga pernah berkata ‘’Kita Bikin Kasi Jadi’’. Namun, Allah SWT lebih menyayanginya. Arwah adalah ‘Sahabat Dunia Akhirat’,” kata Jinbara.

Dalam usaha untuk terus berinteraksi dengan peminat setia, Jinbara juga akan mengadakan Showcase ‘Rock Untuk Rakyat’ pada 30 Ogos ini jam 9 malam di Grand Sabak @ Leypark Station.

Tiket boleh didapati dengan menghubungi talian 019-933 4021.

Video lirik lagu ini juga telah dilancarkan pada 18 Ogos lalu melalui saluran YouTube Luncai Emas.

Peminat boleh menikmati audio rasmi di semua platform digital yang tersedia seperti Spotify, Apple Music, Deezer dan muat turun di Itunes Store.

Luncai Emas juga berharap, single terbaharu ini akan meraih perhatian peminat muzik dan media.

“Kami mengundang anda semua untuk menikmati karya ini dengan sepenuh jiwa,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Yakin Boleh mampu membentuk nasionalisme kalangan belia

Oleh MOHAMMAD RIZAN HASSAN TEMA Hari Belia Negara 2024 yang akan di sambut pada 15 Mei ialah Yakin Boleh yang...

Lagi Artikel Berkaitan