28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, January 23, 2025

Tidak perlu buat semula EGM bagi UMNO- Mohd Puad

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AHLI Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berpandangan tidak perlu diadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi mengadakan semula pemilihan UMNO kerana ia telah dibuat tahun lalu dari peringkat Naib Presiden hingga cawangan.

Ini kerana, kata beliau, pemilihan parti telahpun dibuat tahun lalu dari peringkat Naib Presiden sampai ke cawangan.

“Naib Presiden orang baru dan majoriti Ketua Bahagian juga orang baru,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.

Terdahulu, Tengku Razaleigh Hamzah mencadangkan pemilihan perlu diadakan semula untuk menghidupkan kembali parti susulan prestasi buruknya dalam pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos lalu.

Bekas Ahli Parlimen Gua Musang itu berpendapat, parti hanya akan mengalami pembaharuan sebenar menerusi proses pemilihan.

Advertisements

Mengulas lanjut Mohd Puad berkata, bahkan selepas UMNO hilang kuasa pada tahun 2018, pemilihan parti dibuat dari atas sampai ke bawah.

“Zahid (Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) kalahkan KJ (Khairy Jamaluddin) dan Tengku Razaliegh.

“EGM tidak perlu semata-mata untuk putuskan pemilihan parti. Pemilihan tetap berlaku.

“Tahun lalu parti yang putuskan tidak ada pertandingan nombor satu dan dua. Lebih baik buat post mortem terperinci di semua peringkat dan laksanakannya. Lebih mikro dan fokus,”ujar beliau. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Hasil Aneka Jaringan rekod peningkatan 35.19 peratus

ANEKA Jaringan Holdings Berhad (Aneka Jaringan), pakar pembinaan bawah tanah dan asas, dengan mengumumkan peningkatan hasil sebanyak 35.19 peratus...

Lagi Artikel Berkaitan