31.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

MHO gesa PDRM siasat segera penipuan skim pelaburan saham

Mesti Baca

SERAMAI 500 mangsa skim pelaburan saham hadir ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) hari ini, bagi mendapatkan surat mohon status daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Tujuan serahan surat itu dibuat berikutan tiada maklum balas yang diterima oleh pengadu selepas membuat laporan polis.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, selepas membuat laporan polis tiada sebarang perkembangan semasa diberikan oleh pegawai penyiasat berkenaan dengan laporan yang telah mereka adukan.

“Selain daripada serahan surat untuk mengetahui perkembangan terkini, mangsa-mangsa pelaburan turut membuat penyataan tambahan dibawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah untuk memberikan maklumat tambahan berkenaan dengan syarikat-syarikat yang telah menipu mereka.

“Dengan penyataan tambahan yang diberikan, diharap dapat membantu PDRM serta memudahkan proses siasatan polis,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan.

Antara konsep-konsep pelaburan saham yang ditawarkan oleh syarikat terbabit adalah dengan menerbitkan saham kepentingan boleh tebus islamik (RPS-i) dan bukan islamik (RPS), perjanjian langganan berkonsepkan produk Islamik Sukuk, produk Islamik Murabaha.

Advertisements

Selain itu, perjanjian langganan saham berkonsepkan wang Amanah yang mana pihak syarikat pelaburan akan melantik sebuah syarikat yang akan bertindak sebagai pemegang amanah sebelum menggunakan duit pelaburan yang diterima untuk dilaburkan oleh pemegang Amanah.

Namun begitu, tawaran program langganan saham terbabit adalah tidak sah undang-undang kerana syarikat itu gagal dan tidak mematuhi undang-undang yang telah diperuntukkan oleh kerajaan Malaysia untuk mengawalselia syarikat-syarikat pelaburan di Malaysia.

“Masalah mula timbul apabila pelanggan tidak menerima bayaran dividen sepertimana yang telah dijanjikan oleh pihak syarikat.

“Ada sebahagian daripada syarikat itu, yang telah menebus semula (Redeem) saham kepentingan boleh tebus dengan menjanjikan bahawa wang pokok atau principal yang telah dilaburkan oleh pelanggan akan dipulangkan semula kepada mereka.

“Namun begitu, tiada sebarang pembayaran yang dilakukan oleh syarikat terbabit dan usaha untuk menghubungi dan berjumpa dengan Lembaga Pengarah atau wakil daripada syarikat itu menemui jalan buntu dan tiada sebarang respon yang diberikan oleh mereka,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan