29.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Debat Rafizi, Mohd Syahir Rabu ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DEBAT antara Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Penolong Setiausaha Agung PAS, Mohd Syahir Sulaiman akan disiarkan secara langsung, Rabu ini.

Debat bertajuk Model Baharu Ekonomi Malaysia akan disiarkan di saluran RTM dan Astro Awani, pada jam 9.30 malam.

Terdahulu, dalam hantaran di Facebook, Rafizi mengajak seluruh rakyat mengikuti sesi debat ini.

“Tajuk debat pada 9 Ogos 2023 nanti adalah “Model Baharu Ekonomi Malaysia”.

“Insya-Allah, rakyat akan dapat menilai dan meneliti secara objektif rancangan dan hala tuju ekonomi yang akan dibentang dan didebatkan”katanya.

Debat berkenaan juga boleh diikuti secara online di RTM Klik dan aplikasi Astro GO.

Advertisements

“Saya pohon sebarkan, kita jumpa Rabu,”ujar Rafizi.

Sebelum ini, Rafizi memaklumkan tawarannya untuk berdebat hal ehwal ekonomi bersama Mohd Syahir, ditolak.

Katanya, tiada pihak dalam Perikatan Nasional (PN) menyahut cabarannya untuk berdebat berkenaan ekonomi negara.

Bagaimanapun, Mohd Syahir menyahut cabaran tersebut.

Terdahulu, cabaran itu diutarakan Rafizi selepas bekas Menteri Kanan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, menolak berdebat dengannya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelajar UPSI adakan program bakti bersama gelandangan

SEKUMPULAN pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan program khidmat bakti bersama golongan gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan