27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Saya bimbang cara politik Pas – Mohammad Agus

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KETUA Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff menyatakan kebimbangkan mengenai cara politik Pas.

Ini kerana, beliau berkata, kepelampauan dan ketaksuban sesetengah pemimpin dan penyokongnya boleh mencetuskan ketidakharmonian dan menggugat keselamatan negara.

“Saya risau dangan cara politik Pas ini. Saya tengok video penjelasan saudara Syazmi Syazli tentang masalah air di Kelantan.

“Videonya tidak menyentuh soal politik, cuma menegur soal keperluan air bersih yang diperlukan rakyat Kelantan.

“Rentetan itu, penyokong tegar Pas menyatakan apa masalah dengan air keruh, bukan najis pun. Seorang lagi menulis, beliau melihat air Kelantan biru bukannya keruh kerana melihatnya dengan hati yang bersih.

Advertisements

“Aduhai, sesatnya,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.

Sementara itu, katanya, dalam video yang lain pula, beliau melihat banner Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) ditebuk, diconteng dan dipijak.

Sehubungan dengan itu, katanya, anak-anak muda, pemimpin dan parti sebegini tidak layak untuk menerajui negara dan perlu ditolak.

“Video ini adalah seruan dan rayuan saya supaya kita dapat sama-sama mempertahankan negara ini dari kepelampauan dan ketaksuban,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan