25.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Lotus’s Malaysia teruskan kempen KPDN untuk tahun keenam

Mesti Baca

LOTUS’S Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) meneruskan lagi kempen Beli Barangan Buatan Malaysia Lotus’s untuk tahun yang keenam.

Menjadi rakan strategik Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), kempen itu telah dilancarkan di Lotus’s Cheras, hari ini.

Pengarah Eksekutif Khidmat Korporat Lotus’s Malaysia, Azliza Azmel berkata, pihaknya amat berbesar hati kerana telah dipilih sebagai rakan strategik peruncitan KPDN dalam inisiatif yang bermakna ini buat tahun keenam.

“Kami gembira diberi peluang meneruskan lagi kempen ini untuk tahun yang keenam.

“Prinsip asas kami adalah mudah, sebagai sebuah peruncit kami menawarkan pengguna nilai, kualiti dan pelbagai rangkaian produk dan perkhidmatan yang terbaik, disamping memainkan peranan dalam menyokong pertumbuhan dan pembangunan negara,” katanya pada majlis pelancaran kempen berkenaan, hari ini.

Hadir merasmikan kempen itu ialah Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Senator Fuziah Salleh, diiringi oleh Pengarah KPDN Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur Ariffin Samsuddin.

Dalam pada itu, Lotus’s Malaysia kini memperoleh sebanyak 112 rakan kongsi PKS tempatan yang menawarkan lebih daripada 900 jenis produk, di mana sebanyak 90 peratus disahkan Halal.

Majlis pelancaran itu turut menampilkan pelbagai sampel produk daripada 17 jenama buatan tempatan serta tiga perusahaan sosial dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mempromosikan pengeluaran mereka dan usaha-usaha amal bermula hari ini hingga Ahad, 20 Ogos 2023 di Lotus’s Cheras.

Sebagai tanda pengiktirafan kepada usahawan tempatan dan produk-produk buatan tempatan, Lotus’s telah menganugerahkan sepuluh PKS berprestasi terbaik bagi tahun 2022 dan mengumumkan 12 pembekal baharu yang menyertai rangkaian Lotus’s PKS bagi tahun 2023.

Bagi memperkasakan perniagaan PKS tempatan untuk terus berkembang maju bersama Lotus’s, syarikat peruncitan terbabit telah memberi akses kepada sumber-sumber, kepakaran dan rangkaian pengedaran yang boleh membantu PKS-PKS tempatan untuk lebih berinovasi dalam pembangunan produk, mewujudkan peluang pekerjaan serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi keseluruhan di Malaysia.

Pasukan Sokongan PKS Lotus’s juga aktif bekerjasama rapat dengan KPDN dan pelbagai agensi kerajaan untuk meningkatkan lagi kebolehpasaran barangan buatan tempatan Malaysia.

Advertisements

“Dalam usaha kami untuk mengukuhkan lagi sokongan yang diberi kepada PKS tempatan, 90 peratus (3000 produk) barangan Jenama Lotus’s (Lotus’s Own Brand) diperoleh dan dikilangkan oleh rakan kongsi PKS tempatan dan banyak diantara produk-produk keluarannya telah berjaya menjadi kegemaran isi rumah.

“Dengan kenaikan kos sara hidup akibat inflasi, jenama Lotus’s kami memberi pengguna pilihan alternatif, 15 hingga 20 peratus lebih murah dan kualiti yang setanding dengan jenama nasional,” kata Azliza lagi.

Jun lalu, syarikat peruncitan itu telah melabur sebanyak RM50 Juta bagi membuat potongan secara tetap untuk lebih dari 3,500 produk melalui program #LotussLebihMurah.

Ia memberi pelanggan diskaun purata hingga 37 peratus untuk produk runcit berjenama nasional dan jenama Lotus’s bagi membantu mengurangkan beban kos sara hidup yang semakin menekan kewangan isi rumah rakyat Malaysia.

Selain itu, Lotus’s juga menjalankan pelbagai kempen untuk memberi nilai yang terbaik bagi setiap Ringgit yang dibelanjakan seperti Segar & Murah, Hari-Hari Harga Rendah, Belian dengan Belian (PWP) dan Promosi mingguan.

Lotus’s juga menyediakan program Loyalti My Lotus’s secara percuma di mana pelanggan dapat memperolehi mata ganjaran untuk setiap pembelian di stor atau medan selera Lotus’s.

Pelanggan boleh menikmati penjimatan yang lebih apabila mereka menebus mata-mata ini untuk mendapatkan diskaun, baucar atau sebagai pembayaran pembelian seterusnya di stor Lotus’s atau di Lotus’s Shop Online.

Lebih lagi, Lotus’s juga menawarkan Menu RAHMAH di kesemua 59 medan seleranya untuk pelanggan dan potongan sebanyak 10 peratus ke atas bahan-bahan utama yang digunakan oleh pengendali Menu RAHMAH.

Azliza berkata, kejayaan syarikat peruncitan berkenaan dalam menyumbang sebanyak 10.4 juta makanan kepada lebih daripada 120,000 keluarga yang kurang berkemampuan melalui inisiatif Progam Sumbangan Makanan dan aspires syarikat bukan sahaja menjadi destinasi pilihan untuk membeli-belah.

Malah, ia juga ingin dikenali sebagai jiran yang prihatin terhadap keperluan masyarakat setempat dan menyokong pertumbuhan mampan Malaysia. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

KPM umum beberapa inisiatif termasuk lonjak kapasiti guru digital

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital, kata Menteri Pendidikan,...

Lagi Artikel Berkaitan