27.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 14, 2024

Johari Harun antara 10 terkoban nahas pesawat di Elmina

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENGERUSI Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun, dilaporkan merupakan antara 10 mangsa yang terkoban dalam nahas pesawat dekat Elmina hari ini.

Johari yang juga Ketua UMNO bahagian Bentong merupakan antara lapan individu yang berada dalam pesawat yang terhempas sekitar pukul 2.50 petang tadi.

Beliau bersama lima yang lain dilaporkan berada dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi meneuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) Subang.

Mereka menaiki pesawat ringan jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) itu selepas menghadiri satu mesyuarat di pulau tersebut.

Advertisements
Young Syefura berkongsikan gambar mesyuarat yang dihadirinya bersama Johari Harun kelmarin di akaun Twitternya hari ini. – Edisi9/Young Syefura

“Petang ini, satu berita tergempar membabitkan nahas pesawat ringan di Elmina, Shah Alam. Amat mendukacitakan apabila melibatkan seorang kawan saya, Johari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai. 

“Saya amat bersedih dengan kehilangan ini. Baru sahaja dua hari lepas, saya bersama Allahyarham berbincang berkenaan pembangunan di Bentong dan Pelangai yang akan direncanakan kelak,” katanya menerusi ciapan hari ini.

Dalam pada itu, identiti sembilan lagi mangsa belum dapat dipastikan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Yakin Boleh mampu membentuk nasionalisme kalangan belia

Oleh MOHAMMAD RIZAN HASSAN TEMA Hari Belia Negara 2024 yang akan di sambut pada 15 Mei ialah Yakin Boleh yang...

Lagi Artikel Berkaitan