26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Sesi libat urus KDN tangani isu penggunaan kalimah Allah

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) hari ini mengadakan sesi libat urus bersama badan perundangan sivil dan syariah bagi menangani isu penggunaan kalimah Allah.

KDN menerusi kenyataan berkata, siri ketiga itu disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan dihadiri seramai 25 orang pengamal undang-undang.

Katanya, ia melibatkan wakil daripada Jabatan Peguam Negara, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Jabatan Kehakiman Syariah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Majlis Profesor Malaysia dan Persatuan-persatuan Peguam Muslim/ Syarie Malaysia. 

“Majlis ini bertujuan mendapatkan cadangan dan pandangan secara kolektif dari aspek perundangan sivil dan syariah sebagai salah satu proses penyediaan cadangan penambahbaikan Arahan Pentadbiran KDN berkaitan penggunaan kalimah Allah.

Advertisements

“Jemputan diberikan ruang membincangkan pendekatan perundangan khususnya dari sudut cadangan pengemaskinian Arahan Pentadbiran KDN, pelaksanaan aktiviti penguatkuasaan di lapangan dan punca kuasa kerajaan berdasarkan segregasi kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri,” katanya hari ini.

Saifuddin berkata, melalui majlis itu, KDN memperoleh input dan cadangan yang menjadi nilai tambah dalam urusan penyediaan cadangan penambahbaikan Arahan Pentadbiran KDN agar selaras dengan dasar yang ditetapkan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) dan Majlis Raja-Raja kelak.

“KDN sekali lagi ingin menyatakan komitmen dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman awam melalui tindakan penyeliaan dan kawalan terhadap penerbitan yang memudaratkan atau mungkin memudaratkan ketenteraman awam.

“Ini demi kepentingan negara dari semasa ke semasa secara berterusan selaras dengan peruntukan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012 serta Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan