YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Penyerahan Watikah Pelantikan 18 Ketua Perwakilan Asing ke Malaysia, di Istana Negara, hari ini.
Menerusi hantaran di Facebook Istana Negara, pada istiadat yang berlangsung di Singgahsana Kecil tersebut, Seri Paduka Baginda berkenan menerima watikah perwakilan asing Jaime Alexis Munoz Sandoval dari Chile, Ouk Chandara (Kemboja), Lada Phumas (Thailand), Dinh Ngoc Linh (Vietnam), Abdelhafid Bounour (Algeria).
“Selain itu, ketua perwakilan Morecome Mumba dari Zambia, Altynbek Zhumaev (Kyrgyzstan), Ailsa Terry (United Kingdom) dan Krzysztof Dariusz Dobrowolski (Poland).
“Lain-lain, Orla Tunney dari Ireland, Syed Ahsan Raza Shah (Pakistan), Serob Bejanyan (Armenia), Stella Bezirtzoglou (Greece), Patrick Hemmer (Luxembourg), Darius Gaidys (Lithuania), Erick Rahmat Moertabat (Suriname), Marko Ham (Slovenia) dan Charif Maoulana (Comoros), “menurut Istana Negara.
Turut hadir, Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Datuk Seri Amran Mohamed Zin. – Edisi 9

