Monday, June 15, 2026

DBKL tangguh penutupan Jalan Sg Besi

Mesti Baca

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur menangguhkan penutupan Jalan Sungai Besi berhadapan Fraser Business Park dan Bulatan Loke Yew yang sepatutnya bermula semalam.

Unit Media Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan berkata, penangguhan itu berkuat kuasa sehingga ke tarikh baharu yang akan diberitahu kelak.

“Kenyataan media bertarikh 1 Ogos 2023 oleh DBKL mengenai penutupan jalan terbabit yang dijadualkan bermula 5 Ogos 2023 sehingga 4 Ogos 2024, adalah dibatalkan.

“Pengguna jalan raya di laluan berkenaan boleh melalui laluan terbabit seperti biasa, ” katanya.

Terdahulu, DBKL dalam satu kenyataan berkata, Jalan Sungai Besi arah selatan akan ditutup selama setahun bagi memberi laluan kepada kerja pengubahsuaian dan pembinaan jambatan di Bulatan Loke Yew.

Jalan yang terbabit adalah laluan menghala ke Sungai Besi/Petaling Jaya terletak berhadapan Fraser Business Park dan Bulatan Loke Yew. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan