26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

PN kini diambang pepecahan – dakwa Mohd Puad

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa Perikatan Nasional (PN) kini diambang perpecahan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit itu, berkata beliau juga percaya Gerakan akan meninggalkan gabungan tersebut.

“PN tunggu masa pecah. Gerakan akan keluar PN,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.

Dalam masa sama, beliau membidas kenyataan Pengerusi PN Selangor, Datuk Mohamed Azmin Ali yang mendakwa sekiranya gabungan itu menang di Selangor pada PIlihan Raya Negeri (PRN) ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ‘turun’ daripada menjadi Perdana Menteri.

“Menurut Azmin Ali: “Hari ini PN menang di Selangor, esok Anwar turun dari Putrajaya”. Ini manifesto ‘desperate’ (terdesak). Retorik cara lama.

“Jumlah kerusi Parlimen Kerajaan Perpaduan tidak berubah. Lompat parti diharamkan. Bolehlah kalau Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sokong PN. Mustahil. Mereka sudah ditipu sebelum ini.

Advertisements

“(Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) dan Azmin sudah diberi peluang. Kamu pemimpin gagal. Muhyiddin kluster mahkamah,”katanya.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilaporkan berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dijatuhkan sebaik sahaja gabungan tersebut menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.

Dakwa Mohamed Azmin, perkara itu berlaku kerana selepas tujuh bulan memerintah, Anwar didakwa masih gagal mentadbir negara.

“Sudah-sudahlah, sudah turun (harga) minyak atau tidak? Bila PH menang pada 2008, kemudian 2018 di peringkat persekutuan, tanya dia kenapa tak turun, dia salahkan Tun Dr Mahathir.

“Sekarang kamu sudah menjadi perdana menteri bukan satu bulan, bukan dua bulan, tetapi tujuh bulan, turun atau tidak? Maka hari ini saya umumkan, hari ini PN menang di Selangor, esok Anwar Ibrahim akan turun dari Putrajaya. Setuju? – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan