25.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Pas tidak ajar budaya kafirkan orang

Mesti Baca

TIDAK menerapkan budaya ekstrem seperti mengkafirkan penyokong dan parti lain, Pemuda Pas menafikan dakwaan yang dilemparkan.

Ketua Pemudanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pimpinan parti tidak akan sesuka hati melabelkan orang sebagai kafir secara mutlak dan menjatuhkan hukum sama ada seseorang itu penghuni syurga atau neraka.

“Kami membesar dalam situasi tidak melabelkan orang sebagai secara mutlak dan orang itu akan ke neraka atau ke syurga,” katanya.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di Facebook, Ahmad Fadhli menjelaskan isu seorang nenek yang juga penyokong parti Pas yang mengkafirkan parti lain dalam sebuah video tular baru-baru ini.

Tegasnya, segala yang dikatakan menerusi video berkenaan adalah pandangan peribadi wanita itu sendiri yang tidak pernah diajarkan oleh Pas, khususnya pimpinan parti sekarang.

“Saya minta isu ini dapat diperbetulkan supaya tidak ada lagi budaya mengkafirkan sesama sendiri,” katanya.

Advertisements

Ahmad Fadhli turut berkongsi ulasan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkaitan budaya kafir-mengkafir.

Kata Ahli Parlimen Marang itu, hanya Allah SWT yang layak untuk menentukan sama ada manusia itu ke syurga atau neraka dan bukannya manusia.

“Manusia dilarang untuk terus menghukum hanya kerana segelintir daripadanya tidak mengetahui atau jahil dalam sesuatu perkara, sebaliknya saling menasihati antara satu sama lain.

“Perkara ini adalah ideologi yang diajarkan kepada Pemuda Pas dan juga ahli parti  kerana agama mengajarkan kita menasihatkan orang lain supaya tidak terjebak dalam unsur kejahatan.

“Agama adalah nasihat, maka menasihati orang lain supaya tidak terjerumus ke dalam neraka atau melakukan kejahatan adalah satu intipati agama, bukan melabelkan kafir dan sebagainya,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan