Saturday, June 13, 2026

Bantuan khas kewangan penjawat awam, pesara Pahang

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Negeri Pahang mengumumkan pemberian bantuan khas penghargaan sebanyak RM300 kepada penjawat awam negeri bagi Gred 54 dan ke bawah termasuk kakitangan kontrak.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pesara kerajaan negeri pula akan menerima sebanyak RM200 seorang.

Beliau berkata, pemberian bantuan khas itu melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM2.4 juta dan pembayaran akan dibuat pada September ini.

“Pemberian ini merupakan tanda penghargaan dan terima kasih daripada kerajaan negeri kepada penjawat awam yang sentiasa berdedikasi menggalas tanggungjawab dengan penuh amanah.

“Saya berharap dengan pemberian bantuan khas ini penjawat awam Pahang akan dapat meningkatkan perkhidmatan mereka demi kemakmuran dan kesejahteraan negeri ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Wan Rosdy, pemberian bantuan kewangan tersebut melibatkan 8,000 penerima termasuk pegawai serta kakitangan kontrak. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan