26.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Tarif air di Selangor tidak naik – Amirudin

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Negeri Selangor menafikan laporan yang mendakwa terdapat kenaikan taraf air di Lembah Klang tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, tarif air adalah perkara dasar yang memerlukan keputusan dan kelulusan pentadbiran negeri. 

“Sehingga ini, kerajaan negeri tidak membuat sebarang keputusan untuk meningkatkan tarif air di Selangor.

“Fokus utama pentadbiran in adalah untuk menyokong usaha kelangsungan ekonomi rakyat dan bukannya membebankan rakyat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Sebuah akhbar sebelum ini melaporkan bahawa tarif air pengguna domestik di Selangor dijangka dinaikkan tahun ini bagi menampung kos operasi dan perbelanjaan modal.

Lapornya, semakan semula tarif perlu dilaksanakan pada kadar berpatutan selepas 17 tahun tiada sebarang kenaikan dikenakan.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata, kerajaan negeri akan terus memastikan mutu perkhidmatan air di sekitar Lembah Klang terus dipertingkatkan.

“Kerajaan Negeri Selangor komited untuk memastikan sistem perkhidmatan air yang menyalurkan air kepada lebih 8.4 juta penduduk di Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya terus diperkukuhkan,” katanya. –  Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas Akhyar disamun, Faisal Halim pula disimbah asid

BARU beberapa hari lepas pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid diserang dan disamun di Kuala Terengganu, hari ini Faisal...

Lagi Artikel Berkaitan