31.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Projek tambak laut beri kesan jangka panjang – Masa

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PROJEK mega penambakan laut di Pulau Pinang bakal memberi kesan jangka panjang terhadap masyarakat, termasuk nyawa, ekonomi dan alam sekitar yang mungkin menghalang aspek hak-hak ekonomi, sosial dan budaya (ESCR).

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Masa Depan Malaysia (Masa), Azril Mohd. Amin berkata, itu merupakan dapatan daripada kajian yang dilakukan institut tersebut.

Beliau berkata, seramai 10 penyelidik yang pakar dalam bidang masing-masing dari universiti tempatan, pengamal undang-undang, penganalisis dan aktivis telah berkumpul dan menyumbang idea serta pandangan dalam penyediaan laporan itu. 

“Laporan ini mengetengahkan tema, memperluaskan ruang demokratik, memperkukuh kedaulatan undang-undang, mempromosi rasa hormat dan melindungi hak-hak asasi manusia di Malaysia.

Projek mega di Pulau Pinang ini adalah contoh ketidak adilan ruang bila mana perspektif ruang kritikal dan dimensi ESCR tidak diambil kira dan mendapat perhatian saksama yang sewajarnya dalam proses perancangan projek berkenaan.

“Dalam hal ini, Masa mengambil tanggungjawab mengetengahkan dimensi ekonomi dan sosial kesan daripada pengambilan ruang awam di bandar, bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelbagai pihak yang terlibat dalam aktiviti penambakan laut tersebut,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Projek Pulau Pinang Selatan (PSI) yang membabitkan penambakan laut secara besar-besaran bagi membina tiga pulau buatan, kini dikecilkan kepada pembinaan sebuah pulau sahaja.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata, keputusan itu dibuat atas desakan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim susulan lawatannya bulan lalu yang meminta supaya kerajaan negeri mengkaji supaya skop PSI dikecilkan.

Masa hari ini menyerahkan laporan pertamanya untuk semakan berkala sejagat (UPR) pusingan keempat bagi Malaysia kepada Jawatankuasa Kerja, Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) di Geneva, Switzerland.

Azril berkata, laporan UPR itu adalah seiring dengan matlamat Masa untuk mempromosikan kemakmuran dalam kalangan rakyat di negata ini dan memastikan tidak ada yang ketinggalan.

“Penyertaan Masa dalam proses UPR memperkukuhkan suara pertubuhan masyarakat sivil (CSO) dalam membangkitkan isu ESCR dalam rangka kerja yang tepat dan berwibawa. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan