26.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 10, 2024

PRN: Hari pengundian 12 Ogos depan – SPR

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan tarikh penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri ditetapkan pada 29 Julai ini sementara hari mengundi pula pada 12 Ogos depan.

Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, pengundian akan diadakan serentak dengan tarikh mengundi awal bagi PRN di keenam-enam negeri tersebut adalah pada 8 Ogos depan.

Katanya, pilihan raya yang melibatkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan itu akan melibatkan sebanyak 9,773,531 pengundi.

“Bagi maksud menjalankan PRN ke-15, SPR telah menetapkan beberapa tarikh penting. Tarikh keluar writ pilihan raya adalah hari ini.

Advertisements

“Hari penamaan calon pada 29 Julai, hari mengundi awal adalah pada 8 Ogos dan hari mengundi pula jatuh pada 12 Ogos,” katanya adalam sidang media di ibu pejabat SPR di Putrajaya hari ini.

Abdul Ghani berkata, sebanyak 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dipertandingkan di Kedah, Kelantan (46 DUN), Terengganu (32 DUN), Pulau Pinang (40 DUN), Selangor (50 DUN) dan Negeri Sembilan (36 DUN).

Beliau berkata, bagi menjalankan PRN ke-15, SPR telah melantik 245 pegawai pengurus pilihan raya dan dibantu oleh 740 penolong pegawai pengurus.

“Bagi memantau aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh berkempen tersebut, SPR telah menubuhkan 252 pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya (PP-KPR) yang dianggotai wakil-wakil daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan wakil calon bertanding. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Dua helikopter TLDM terhempas dalam keadaan ‘airworthy’

DUA helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Lumut ketika raptai lintas hormat sempena Hari TLDM Ke-90...

Lagi Artikel Berkaitan