25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Malaysia kutuk serangan Israel ke atas Jenin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara yang dilakukan oleh rejim Israel di bandar Jenin, Tebing Barat di wilayah Palestin.

Kementerian Luar Negeri (KLN) dalam kenyataan berkata, peningkatan keganasan telah memburukkan lagi keadaan yang sudah teruk di Jenin.

“Banyak nyawa tidak bersalah telah terkorban akibat pencerobohan Isarel. Provokasi, pencerobohan dan kekejaman berterusan yang dilakukan oleh penduduk Israel adalah pencabulan kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa,”menurut kenyataan itu.

Advertisements

Susulan itu, Malaysia menuntut Israel segera menghentikan pertumpahan darah dan membenarkan akses tanpa halangan kepada penduduk Jenin, meliputi perkhidmatan kemanusia serta penjagaan kesihatan.

Dalam pada itu, Malaysia sekali lagi menyeru Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dan masyarakat antarabangsa menghentikan jenayah kejam terhadap rakyat Palestin demi kepentingan keamanan dan kestabilan.

Tambah KLN, Malaysia sentiasa berpegang teguh pada pendirian prinsip menyokong hak rakyat Palestin untuk berhak hidup dan tinggal dalam negara berdaulat. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan