24.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Ancelotti bakal pengendali Brazil

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENGURUS Real Madrid, Carlo Ancelotti bakal dilantik sebagai pengendali skuad kebangsaan Brazil yang baharu.

Khabar tersebut disahkan Presiden Konfiderasi Bola Sepak Brazil (CBF), Ednaldo Rodrigues yang memaklumkan pengurus Fluminense, Fernando Diniz akan mengendalikan sementara Brazil untuk tempoh 12 bulan akan datang.

Rodrigues berkata, tugas pengendali berusia 64 tahun itu hanya akan bermula untuk kejohanan Copa America yang akan diadakan di Amerika Syarikat (AS) musim panas depan.

“Corak permainan yang diterapkan Diniz hampir sama dengan pengurus yang akan akan mengambil-alih ketika kejohanan Copa Amerika, Ancelotti.

“Kami tidak panggilnya dengan istilah jurulatih sementara untuk pasukan kebangsaan. Dia (Diniz) akan datang dan lakukan transisi dalam skuad Brazil untuk Ancelotti,” katanya hari ini.

Advertisements

Bagaimanapun, berapa lama tempoh kontrak yang ditawarkan kepada Ancelotti tidak didedah Rodrigues.

Selain itu, majikan pengurus berbangsa Itali itu, Real juga belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung keputusan Ancelotti.

Untuk rekod, kontrak Ancelotti kini hanya berbaki semusim bersama kelab gergasi Sepanyol itu sementara Copa Amerika hanya akan bermula pada 20 Jun tahun depan.

Untuk itu, Diniz akan bertanggungjawab mengemudi skuad Brazil dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 yang akan bermula September ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan