33.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 12, 2024

Mount ucap selamat tinggal kepada penyokong Chelsea

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MASON Mount yang bakal melengkapkan perpindahannya ke Manchester United memuat naik satu video ucapan perpisahan kepada penyokong Chelsea.

Pemain tengah berusia 24 tahun itu menghabiskan masa 18 tahun di Chelsea sejak berusia enam tahun akan berhijrah ke Old Trafford dengan yuran perpindahan sebanyak RM354 juta.

Mempunyai hubungan yang kuat dengan kelab, Mount meminta United menangguhkan pengumuman mengenai perpindahannya bagi membuat ucapan perpisahan kepada penyokong di akaun media sosialnya malam tadi.

Dalam ucapan tersebut, Mount menekankan masanya ketika di akademi dan skuad senior termasuk kejayaan menjuarai Liga Juara Juara Eropah pada 2021.

Advertisements

Kata pemain antarabangsa England itu, ini merupakan masa yang sesuai dalam kariernya untuknya berhijrah.

“Saya rasakan anda (penyokong) lebih layak mendengar kata-kata saya (menerusi video) berbanding kenyataan bertulis. Jadi, saya mahu maklumkan sangat bersyukur menerima sokongan kamu sekua sepanjang 18 tahun ini.

“Saya tahun ada dalam kamu yang tidak gembira dengan keputusan saya tetapi ini adalah masa yang sesuai untuk saya ketika ini untuk (perkembangan) karier,” katanya.

Mount menjadi rekrut pertama United musim panas ini dan bakal menerima gaji sekitar RM1.47 juta seminggu dengan kontrak selama lima tahun serta opsyen tambahan setahun. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pemegang jawatan dalam UMNO perlu tampilkan idea segar, bernas

PARA pemegang jawatan dalam UMNO di semua peringkat perlu tampil ke hadapan untuk memberikan idea-idea segar dan bernas, kata...

Lagi Artikel Berkaitan