28.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Khalid dilantik Ketua Dasar dan Penyelidikan Masa

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BEKAS Ketua Unit Penyelidikan Strategik Majlis Pemulihan Negara (MPN), Dr. Khalid Abdul Hamid dilantik sebagai Ketua Bahagian Dasar dan Penyelidikan Institut Masa Depan Malaysia (Masa) berkuat kuasa hari ini.

Masa menerusi kenyataan memaklumkan, pemilihan beliau berpandukan kepakaran dan pengalaman luasnya dalam penyelidikan pelbagai bidang khususnya ekonomi dan sosial.

Katanya, Khalid juga sering dijemput membentangkan hasil kajiannya sama ada di dalam mahupun luar negara.

“MASA mengalu-alukan pelantikan Khalid dan berharap dengan kepakaran dan pengalaman luas beliau dalam bidang penyelidikan dapat membantu membawa Masa ke satu tahap yang lebih tinggi sebagai badan pemikir yang berwibawa berlandaskan nilai-nilai kemakmuran bersama,” katanya hari ini.

Khalid merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Gunaan dari Universiti Malaya (UM), Ijazah Sarjana Ekonomi Pembangunan (Vanderbilt University, Amerika Syarikat) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Ekonomi (Universiti Putra Malaysia (UPM)).

Dalam pada itu, Khalid juga merupakan bekas Pengarah Bahagian Industri Perkhidmatan di Unit Perancangan Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Advertisements

Beliau bertanggungjawab mengetuai penyediaan kertas-kertas dasar, laporan dan dokumen berkaitan ekonomi, kewangan serta sosial termasuk input untuk Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Semasa di Kementerian Kewangan, beliau mengetuai pasukan yang ditugaskan menyediakan Laporan Ekonomi serta Belanjawan 2015 dan 2016.

Jawatan terakhir beliau adalah mengetuai Unit Penyelidikan Strategik Majlis Pemulihan Negara (MPN).

Beliau juga sering dijemput membentangkan hasil kajiannya di dalam dan luar negara.

Antaranya, kajian tentang Pasaran Tenaga Bersepadu di Asia Tenggara yang dibentangkan pada Sidang Kemuncak ASEAN di Brunei dan Jakarta pada 2011.

Kertas penyelidikan beliau mengenai kesan kenaikan kadar tenaga terhadap industri makanan turut mendapat perhatian Mesyuarat Menteri-menteri ASEAN (AMM) pada 2012, malah diterbitkan jurnal terkemuka Eria. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan