25.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 7, 2021

Projek tambak laut Kuala Nerus sudah dilulus MMKN

Mesti Baca

Lukman Ismail
Editor Edisi 9

CYBERJAYA – Projek pembangunan pesisir pantai Kuala Nerus yang membabitkan kerja-kerja menambak laut di Teluk Ketapang dan Seberang Takir, Kuala Terengganu sudah mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Sumber memberitahu Edisi 9, projek dinamakan Sunrise City itu telah dicadang di bawah Jabatan Pelancongan Negeri dan pemaju terbabit sedang menjalankan kajian teknikal mengenainya.

“Cadangan projek ini dibawa melalui Jabatan Pelancongan Negeri dan ia sudah mendapat kelulusan MMKN,” kata sumber tersebut ketika dihubungi.

Beliau mengulas mengenai pembangunan bercampur projek Sunrise City di Kuala Nerus yang membabitkan tambakan laut dari muara Sungai Terengganu sehingga ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud.

Projek tambak laut tersebut melibatkan kawasan seluas 768 hektar membabitkan 62 juta padu pasir yang dilaksanakan dalam lima fasa.

Berdasarkan maklumat yang dikongsi sebuah laman sosial Greater Terengganu Development, projek tersebut bertujuan meningkatkan ekonomi dan mengurangkan persekitaran yang sesak di Kuala Terengganu.

Projek tersebut menyediakan kemudahan kediaman dan komuniti, kemudahan komersial, perhotelan, pelancongan dan perindustrian berhampiran dengan pusat bandar.

“Ia telah dirancang bertujuan untuk membangunkan kawasan ini dengan membina terusan dan kawasan riadah air, membentuk semula pinggiran laut untuk aktiviti sukan dan perayaan yang meriah untuk menarik masyarakat tempatan dan antarabangsa,” katanya.

Laman sosial itu menyebut, masyarakat tempatan tidak akan terpinggir daripada pembangunan iru kerana terdapat peruntukan untuk dermaga memancing di kawasan kemudahan laut, kawasan kebudayaan dan makanan yang bakal diwujudkan.

Baca juga:   SPRM, sila siasat 101 projek rundingan terus di bawah PH

Ia digabungkan dengan unsur-unsur warisan tempatan dalam keseluruhan konsep reka bentuk.

“Ini diharapkan tidak hanya meningkatkan pendapatanpenduduk tempatan, tetapi juga akan mempromosikan produk tempatan seperti makanan istimewa, budaya dan tekstil kepada skala yang lebih besar di arena global.

Baca juga:   Isu Khairuddin: Mencari kebenaran atau membunuh karakter?

“Adalah diharapkan bahawa masyarakat akan beralih menjadi masyarakat berpendapatan tinggi melalui sektor ekonomi moden ini,” katanya.

Bagaimanapun projek tersebut mula mendapat bantahan orang ramai terutama pencinta alam sekitar.

Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) berkata, pihaknya bimbang pembangunan di kawasan terbuka di pesisir pantai Laut Cina Selatan itu boleh mengganggu hidrodinamik ombak.

Ini ditambah dengan kejadian monsun Timur Laut yang menyebabkan hakisan pantai sehingga merosakkan landskap bumi Terengganu setiap tahun.

NGO itu berkata, sebenarnya di mana-mana kawasan pesisiran pantai di Semenanjung Malaysia, khususnya di pantai lautan terbuka di Pantai Timur tidak sesuai untuk dilakukan penambakan laut dan pantai.

Ini kerana, jelasnya, semua perairan di negara ini sangat kaya dan keadaan pantai begitu sensitif dengan perubahan guna tanah. – Edisi 9

Terkini

Program 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia ikut SOP ketat

PROGRAM 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) akan dilaksanakan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat...

Lagi Artikel Berkaitan