31.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Pochettino raih trofi pertama bersama Chelsea

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENGURUS baharu Chelsea, Mauricio Pochettino meraih trofi pertamanya bersama The Blues selepas menundukkan Fulham 2-0 di Stadium FedExField, Washington, Amerika Syarikat (AS) awal pagi tadi.

Dua gol The Blues dijaringkan oleh Thiago Silva dan Christopher Nkunku pada babak pertama sekali gus menghadiahkan tiga mata buat Chelsea dalam kejohanan Premier League Summer Series.

Kemenangan tersebut meletakkan Chelsea di tangga teratas dalam kejohanan yang membabitkan enam pasukan termasuk Aston Villa, Newcastle United, Brighton, Fulham dan Brentford itu.

Skuad bimbingan Pochettino itu merekodkan dua kemenangan dan satu seri dalam tiga perlawanan, menang menentang Fulham dan Brighton serta berkongsi mata dengan Newcastle.

Advertisements

Chelsea akan mengakhiri kempen pramusim di AS menentang kelab Jerman, Borussia Dortmund di Illinios, Ahad ini.

“Sangat baik apabila sentiasa menang, saya berpuas hati dengan persembahan dan usaha yang dipamerkan pemain sejak dari mula lagi.

“Ini adalah waktu yang sibuk dan saya fikir kami lakukan tugas dengan baik termasuklah pemain dan staf kejurulatihan.

“Empat perlawanan dalam tempoh singkat dan kami akan bermain lain menentang Dortmund dan kamu perlu teruskan (momentum kemenangan),” kata Pochettino. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan