26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Baddrol Bakhtiar tiada hala tuju yang jelas – Zahida

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan menyifatkan calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun, Baddrol Bakhtiar tiada hala tuju yang jelas untuk pengundi kawasan itu.

Ini susulan apabila bekas kapten bola sepak Kedah tersebut tidak dapat memperincikan manisfestonya dalam temu bual dengan wartawan ketika hari penamaan calon, Sabtu lalu.

Sehubungan dengan itu, Zahida mendakwa kesimpulannya tiada misi dan visi yang jelas boleh dikongsikan calon PN DUN Gurun berkenaan.

“Dari sini dapat disimpulkan, Baddrol Bakhtiar tiada misi dan visi atau manifesto untuk DUN Gurun.

“Walaupun dia calon paling banyak turun padang. Tapi padang bolasepak dan padang politik tidak sama bro,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau di sini.

Menurut Zahida, beliau berpandangan bahawa PN cuba mempergunakan populariti Baddrol Bakhtiar disebabkan gabungan itu ketandusan calon di DUN Gurun.

Advertisements

“PN sanggup lakukan apa sahaja demi kuasa dan mereka tidak kisah imej Baddrol Bakhtiar akan rosak.

“Walhal takkan tiada calon PAS di Gurun yang boleh jadi calon yang selama ini sudah lama buat kerja,”katanya.

Terdahulu, dalam wawancara berkenaan Baddrol mengakui mempunyai manifestonya sendiri untuk rakyat Gurun, namun ia tidak boleh memaklumkannya sehingga kemenangan berpihak kepadanya.

“Ya, memang saya ada manifesto sendiri. Tapi manifesto itu akan terjadi bila kemenangan berpihak kepada saya. Kena undi dulu, baru boleh bagitahu,”kata Baddrol.

Kerusi DUN Gurun menyaksikan saingan satu lawan satu antara dua anak muda iaitu Baddrol Bakhtiar dan ahli perniagaan, Firdaus Johari yang akan bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan