33.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Chelsea cuba ‘rampas’ Mbappe daripada sertai Liverpool

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

CHELSEA dilapor sedia memintas usaha Liverpool untuk mendapatkan penyerang sensasi, Kylian Mbappe secara pinjaman daripada Paris Saint-Germain (PSG).

Penyerang kebangsaan Perancis itu masih berbaki 12 kontrak bersama kelab Paris itu namun memaklumkan hasratnya untuk berhijrah selepas tempoh tersebut berakhir.

Justeru itu, Chelsea menjadi kelab terbaharu menyatakan minat mendapatkan Mbappe selepas menamatkan musim 2022-23 di tangga ke-12 Liga Perdana Inggeris (EPL).

Namun, menurut laporan Daily Record, Liverpool terlebih dahulu menawarkan jalan keluar buat Mbappe, meminjamnya semusim dengan membayar yuran pinjaman kepada PSG sebelum pemain itu menyertai Real Madrid musim depan.

Penyerang itu juga pada 2018 ada menyatakan bahawa The Reds merupakan pasukan kegemaran ibunya.

Advertisements

“Saya bercakap sedikit mengenainya (The Reds), saya mengatakannya kerana Liverpool kelab kegemaran ibu saya, dia cintakan Liverpool.

“Bagaimanapun saya tidak tahu kenapa dan anda boleh tanya dia sendiri. Ia adalah kelab yang bagus, kami bertemu liga tahun lalu ketika saya di AS Monaco, ia kelab yang besar,” kata Mbappe kepada The Telegraph tahun lalu.

Mbappe mempunyai rekod jaringan yang cemerlang dengan 191 gol dalam lebih 200 perlawanan ketika bersama PSG.

Liverpoool mahu menggandingkan Mbappe bersama Mohamed Salah dan Darwin Nunez sementara Chelsea mahu penyerang itu mengisi jersi nombor sembilan di Stamford Bridge. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MB Perlis ditahan SPRM bantu siasatan salah guna kuasa

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli bagi membantu siasatan dakwan salah guna...

Lagi Artikel Berkaitan