28.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Agong, Permaisuri berkenan hadiri Sambutan Hari Pahlawan 

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

YANG Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menghadiri Istiadat Perbarisan sempena Sambutan Hari Pahlawan 2023 di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya hari ini. 

Turut berangkat sama adalah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah.

Pada tahun ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dipertanggungjawabkan sebagai penganjur istiadat perbarisan berkonsepkan perbarisan statik dengan penglibatan enam detasemen.

Ia yang terdiri daripada PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM), pesara polis dan bekas Polis, PDRM. 

Perbarisan diketuai oleh Superintendan Mohd Rezuan Bin Juragan dari PDRM.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkata, seramai 18 pegawai dan 652 anggota lain-lain pangkat daripada PDRM dan ATM terlibat dalam menjayakan istiadat perbarisan pada kali ini. 

Advertisements

Antara pengisian dalam istiadat perbarisan ini adalah alunan deklamasi sajak berjudul ‘Pahlawanku’ ciptaan Mejar (B) Mohamed B. Awang yang disampaikan Sarjan Roseshini Kasim dari PDRM dan Pegawai Waran 1 Yomen Marzelan Md. Jusoh (ATM).

“Kemuncak acara adalah persembahan Pantomim mengisahkan pengorbanan pejuang negara ketika pertempuran di Perkampungan Air Sri Jaya, Simunul, Semporna, Sabah yang berlaku pada 2 Mac 2013. 

“Pertempuran berdarah tersebut telah mengorbankan enam pegawai polis dari Cawangan Khas, Pasukan Gerakan Am (PGA), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah serta Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna yang terlibat dalam misi menentang Pengganas Royal Sulu Force (RSF),” katanya menerusi kenyataan hari ini.

KDN berkata, antara pahlawan negara yang gugur ketika pertempuran berdarah tersebut adalah Ibrahim Lebar dari Cawangan Khas Bukit Aman; Michael Padel (IPD) Semporna; Baharin Hamit (IPK Sabah); Abdul Azis Sarikon (Pasukan Gerakan Am Tawau); Mohd. Azrul Tukiran (Pasukan Gerakan Am Tawau) dan Salam Togiran (IPD Tawau).

Hari Pahlawan disambut pada 31 Julai setiap tahun bagi memperingati dan menghargai semangat keberanian di samping menghargai jasa perwira dan parajurit pasukan keselamatan negara, terutama mereka yang gugur demi mempertahankan keamanan serta kedaulatan negara.

Turut hadir Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan