27.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Fahmi hanya ulas berkenaan Kumpulan The 1975, bukan berkempen

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, menjelaskan beliau hanya menyentuh sedikit isu Kumpulan 1975 dan bukannya berkempen di masjid.

Penjelasan yang dibuat menerusi hantaran di Facebook itu sekaligus menyangkal dakwaan bahawa beliau telah berkempen di sebuah masjid di Kuang, dekat sini semalam.

“Saya hanya singgah untuk solat zuhur sahaja di masjid itu kerana ia paling dekat dengan lokasi program seterusnya.

“Alang-alang di situ, saya dijemput oleh kariah masjid untuk ulas sedikit isu Kumpulan 1975. Tiada langsung sentuh isu lain. Jemaah dalam masjid boleh jadi saksi kejadian untuk sahkan,” katanya di Facebook.

Advertisements

Malah, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menambah, ada saksi di tempat kejadian yang boleh mengesahkan bahawa perkara itu hanya fitnah yang sengaja dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Saya ucap terima kasih pada Syafiq Naqman (saksi kejadian) yang muat naik video penerangan yang diberikan oleh saya untuk membidas fitnah tersebut.

“Namun malangnya, admin ‘page’ tersebut telah padam video yang dimaksudkan dengan niat untuk teruskan persepsi jahat dan fitnah terhadap saya.

“Semoga Allah SWT sentiasa melindungi kita dari fitnah dan para pemfitnah ini,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas Akhyar disamun, Faisal Halim pula disimbah asid

BARU beberapa hari lepas pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid diserang dan disamun di Kuala Terengganu, hari ini Faisal...

Lagi Artikel Berkaitan