26.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Pertemuan empat mata PM, Ketua Eksekutif Hong Kong

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan empat mata bersama Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR), John Lee Ka-Chiu.

Pertemuan itu diadakan ketika lawatan ke Malaysia bermula hari ini sehingga 29 Julai.

Wisma Putra berkata, lawatan itu merupakan lawatan sulung beliau ke negara ini selepas menyandang jawatan sebagai Ketua Eksekutif HKSAR kelima pada 2022.

Katanya, delegasi itu turut disertai pegawai-pegawai kanan HKSAR, wakil-wakil daripada pelbagai sektor, termasuk perindustrian dan komersial, perdagangan, inovasi dan teknologi serta pengangkutan dan logistik.

“Semasa lawatan tersebut, John Lee dijadual untuk mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri.

Advertisements

“Kedua-dua pihak dijangka akan bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan semasa kerjasama dua hala dan langkah-langkah ke hadapan, terutamanya dalam bidang perdagangan dan ekonomi, inovasi dan teknologi, dan pertukaran rakyat ke rakyat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Wisma Putra, beliau juga akan menghadiri forum perniagaan Malaysia-Hong Kong dan menyaksikan pemeteraian beberapa Memorandum Persefahaman (MOU) antara entiti perniagaan dari kedua-dua pihak.

“HKSAR adalah antara rakan dagang utama Malaysia dan merupakan rakan dagangan kesembilan terbesar Malaysia pada 2022. 

‘Jumlah dagangan antara Malaysia dan HKSAR bernilai RM113.20 bilion, peningkatan sebanyak 20 peratus daripada 2021. Lebihan dagangan berpihak kepada Malaysia dengan nilai RM78 bilion,” katanya.  – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Peranan, tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia

PERANAN serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterima dengan baik dan diiktiraf dunia. Ini dibuktikan apabila Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan