26.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Peralatan canggih bantu PDRM banteras ‘scammer’ – TPM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

USAHA menangani sindiket penipuan atas talian atau scammer memerlukan peralatan canggih dan terkini bagi membantu pihak berkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memantau dan membanteras kegiatan tersebut.

Justeru itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan itu perlu dilakukan segera bagi mengelakkan lebih ramai mangsa terjerut dengan pelbagai taktikan sindiket tersebut.

Tambahnya lagi, kegagalan mengatasinya akan menyebabkan kerugian yang dialami mangsa akan mencecah RM1 bilion.

“Jemaah Menteri akan diminta memberikan pertimbangan kerana Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) PDRM memerlukan bukan sahaja perjawatan tetapi peralatan canggih dan terkini untuk melakukan pemantauan terhadap penipuan atas talian.

“Untuk itu, kita merasa tindakan segera mesti dilakukan dan kita harap tidak akan berlaku lagi pemangsaan pada aktiviti scammer ini kerana ia akan menimbulkan permasalahn sosial yang cukup besar.

Advertisements

“Jika perkara ini tidak diatasi segera ia akan melibatkan penipuan di atas talian yang menghampiri RM1 bilion setahun. Maka tindakan segera mesti dilakukan dengan bukan sahaja perjawatan tetapi pembelian peralatan berteknologi tinggi, canggih dan terkini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Sosial Negara, di Putrajaya hari ini.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, Bank Negara (BNM) melalui wakilnya telah bersetuju supaya cawangan bank menyediakan kemudahan untuk golongan orang kurang upaya (OKU) bagi membuka akaun.

“Maka keputusan telah dibuat supaya BNM mengarahkan bank-bank komersial untuk memberikan kemudahan.

“Kita tahu bahawa perkhidmatan bank mesra OKU mesti dilakukan. Kita tahu ada kekangan dan memerlukan beberapa tindakan dan kita setuju dibuat secara berperingkat,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan