25 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 12, 2024

Mohd. Khafiz tawan Gunung K2

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JALUR Gemilang sekali lagi berkibar megah di puncak kedua tertinggi di dunia, Gunung K2 selepas pendaki negara, Mohd. Khafiz Bachok, 45, menawan gunung berketinggian 8,611 meter (m) itu hari ini.

Misi Zeroto8000 menerusi kenyataan berkata, anak kelahiran Pontian itu menjejakkan kaki ke puncak tersebut pada pukul 2.52 petang tadi sekali gus menyaksikan impiannya sejak 25 tahun lalu tercapai.

Katanya, Mohd. Khafiz memulakan pendakian dari Skardu dan mengambil masa selama lapan hari untuk sampai ke Kem Induk.

“Akibat cuaca yang tidak baik, proses rotasi bagi tujuan penyesuaian diri dengan altitud tinggi hanya dapat dimulakan pada 12 Julai lalu. Proses rotasi dibuat sehingga ke Kem Dua sebelum beliau turun semula ke Kem Induk.

“Pendakian sebenar hanya bermula pada 22 Julai lalu di mana beliau sampai ke Kem Tiga pada ketinggian 7,254m dari aras laut pada 25 Julai. Pendakian ke puncak bermula pada 26 Julai pada pukul 5:40 petang waktu tempatan,” katanya hari ini.

Advertisements

Pendakian itu merupakan sebahagian daripada misi Zeroto8000 yang ditubuhkan Mohd. Khafiz sendiri yang bertujuan memupuk semangat berdikari di kalangan rakyat Malaysia dalam mencapai impian mereka.

Zeeoto8000 membawa maksud perjalanan Mohd. Khafiz yang bermula dari Tanjung Piai, Johor dari paras 0m dari aras laut menuju ke Gunung K2 pada ketinggian 8,611m dari aras laut.

Katanya, ekspedisi mendaki Gunung K2 memakan kos hampir RM500,000.

“Mohd. Khafiz menggunakan dana sendiri hasil penjualan barangan Zeroto8000 seperti kemeja T, topi, poskad selain menganjurkan ekspedisi pendakian di luar negara bagi tujuan mengumpul dana.

“Beliau dan isteri juga turut menjual rumah bagi menampung sebahagian besar daripada kos keseluruhan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kemenangan Sock Tao bukti rakyat tolak politik kebencian

KEMENANGAN calon Kerajaan Perpaduan, Pang Sock Tao dari Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu...

Lagi Artikel Berkaitan