31.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Bot nelayan ditahan tunda ikan di zon larangan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEBUAH bot nelayan kelas B ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Batu Pahat kerana disyaki menunda ikan di zon larangan.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohd. Haniff Mohd. Yunus berkata, bot tersebut ditahan kira-kira 4.7 batu nautika barat daya Sungai Koris pada pukul 10 malam tadi.

Katanya, penahanan itu dibuat ketika bot sedang melakukan rondaan Op Jaksa.

“Bot pukat tunda itu ditahan bersama seorang tekong dan tiga kru kesemuanya warga tempatan lingkungan umur antara 32 hingga 52 tahun.

“Ketika ditahan mereka sedang leka melakukan aktiviti menunda di luar kawasan yang dibenarkan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Advertisements

Mohd. Haniff berkata, kru, tekong dan bot telah diiring masuk ke Jeti Zon Maritim Batu Pahat untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menjalankan aktiviti memukat di zon larangan iaitu di bawah 5 batu nautika dari pantai.

“Aktiviti menunda ikan kurang lima batu nautika daripada pantai boleh menjejaskan keseimbangan ekosistem serta mata pencarian nelayan tradisional yang bergantung hidup di kawasan tersebut.

“Maritim Malaysia mengingatkan orang awam khususnya komuniti maritim agar lebih peka terhadap ramalan cuaca dan mengutamakan keselamatan dengan memakai jaket keselamatan semasa berada di laut bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zii Jia tamatkan kemarau gelaran, juarai Terbuka Thailand

PEMAIN perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia menamatkann kemarau gelaran selama tujuh bulan apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka...

Lagi Artikel Berkaitan