25.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Ladang babi, ayam dalam satu kawasan di arah tutup

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEBUAH ladang penternakan ayam dan babi dalam satu kawasan yang sama di Seberang Perai, Pulau Pinang telah dikompaun Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS).

DVS berkata, tindakan itu diambil susulan operasi bersepadu DVS negeri bersama Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) bagi menyiasat aduan yang tular di media sosial berkenaan ladang tersebut. 

Katanya, menerusi operasi yang dijalankan semalam, DVS mengesahkan kewujudan ladang berkenaan yang menternak babi bersama ayam di dalam satu kawasan yang sama.

“Ekoran itu, Notis Pengosongan Kandang, Penutupan dan Pemberhentian Operasi telah dikeluarkan kepada ladang tersebut.

“Satu kompaun di bawah Enakmen Penternakan Babi (Pulau Pinang) 2016 telah dikeluarkan dan membawa kepada kompaun sebanyak RM7,500 atau denda RM30,000 atau/dan penjara tiga tahun tertakluk kepada timbalan pendakwa raya,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Menurut DVS, ladang babi itu jelas telah melanggar Peraturan-Peraturan Pelesenan Penternakan Babi (Pulau Pinang) 2020, iaitu Peraturan 19 (1), yang menyatakan bahawa semua spesis haiwan dan unggas lain hendaklah tidak dibenarkan dipelihara di ladang babi.

Justeru itu katanya, satu notis arahan telah dikeluarkan kepada pemilik ladang untuk mengosongkan ayam pedaging daripada ladang babi berkenaan dalam tempoh tujuh hari.

“DVS mendapati ayam hidup yang diternak di ladang terbabit tidak dihantar ke mana-mana rumah sembelihan dan hanya dijual di pasaran bukan Islam sahaja dan tidak melibatkan penjualan ke lokasi lain.

“Untuk memastikan perkara ini tidak berulang, DVS akan memeriksa semua ladang babi bagi memastikan tiada spesis haiwan dan unggas diternak secara komersial di semua ladang babi. 

“DVS akan turut mengeluarkan surat peringatan kepada semua ladang babi agar mematuhi peraturan pelesenan ternakan babi,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan