32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Rasuah bukan Islam: DAP cabar Sanusi kemuka bukti

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

DAP mencabar Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Noor membuktikan dakwaannya bahawa masyarakat bukan Islam sebagai pelaku rasuah terbanyak di negara ini.

Setiusaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook berkata, DAP mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan tidak berasas dan tidak bertanggungjawab Pengarah Pilihanraya Perikatan Nasional (PN) itu.

Ujar beliau, kenyataan sweeping statement seperti ini bukan sahaja tidak berasas malah menimbulkan perasaan kebencian di antara kaum dalam masyarakat majmuk kita. 

“Kita mencabar Sanusi untuk mengemukakan laporan mana yang membuat kesimpulan tersebut? Dimana faktanya? Fakta berdasarkan kajian apa.

“Sekiranya gagal memberikan bukti, Sanusi patut memohon maaf secara terbuka,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Beliau berkata, gejala rasuah perlu diperangi secara bersama dan setiap orang yang terlibat dalam rasuah adalah salah tanpa mengira latar belakang kaumnya. 

Ini kerana katanya, rasuah tidak boleh dikaitkan dengan mana-mana kaum sama sekali kerana yang salah tetap salah tanpa mengira siapa.

“Kenyataan berulangan seperti ini membuktikan bahawa PN adalah perosak kepada keharmonian antara kaum di Malaysia.

“Mereka perlu ditolak oleh masyarakat majmuk kita demi perpaduan rakyat Malaysia,” katanya. – Edisi 9 

Advertisements

Terkini

CTOS sumbang RM30,000 biayai pelajar kurang bernasib baik

CTOS Digital Berhad telah menyumbang sebanyak RM30,000 untuk dana biasiswa bagi pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Tasek Permai, Ampang, Selangor...

Lagi Artikel Berkaitan