24.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Agong, Permaisuri zahir ucapan tahniah kepada Rastam

Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri itu menerima penganugerahan The Order of the Rising Sun, Gold and Silver Star daripada Maharaja Jepun

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan tahniah kepada Tan Sri Rastam Mohd. Isa.

Ucapan itu dizahirkan kepada bekas Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri itu atas penganugerahan The Order of the Rising Sun, Gold and Silver Star daripada Maharaja Jepun, semalam.

Menurut laman rasmi Facebook Istana Negara, Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan rasa sukacita dan bangga serta menyifatkan anugerah berprestij tersebut sebagai pengiktirafan kepada beliau dan negara.

“Selain itu, ianya juga sekali lagi membuktikan bahawa Malaysia mampu melahirkan individu yang berkualiti, berwibawa dan bertaraf antarabangsa.

“Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan harapan agar pencapaian cemerlang Tan Sri Rastam menjadi sumber inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia, untuk memberi yang terbaik dan berusaha mencapai kejayaan cemerlang di dalam bidang masing-masing,”menurut Istana Negara.

Advertisements

Dalam masa sama, Istana Negara berkata, Seri Paduka Baginda berdua juga menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada Tan Sri Rastam dan mendoakan semoga beliau dilimpahi kejayaan cemerlang berterusan.

Tan Sri Rastam menerima anugerah berprestij tersebut sebagai pengiktirafan atas sumbangan beliau dalam mengukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Jepun.

Majlis penganugerahan tersebut telah diadakan di kediaman Duta Besar Jepun ke Malaysia Tuan Yang Terutama Takahashi Katsuhiko semalam.

Anugerah itu juga atas peranan penting Tan Sri Rastam dalam hubungan ekonomi antara kedua-dua negara melalui pertukaran nota rasmi “Perjanjian Perkongsian Ekonomi Jepun- Malaysia”.

Perjanjian tersebut telah merangsangkan ekonomi kedua-dua negara dan menambah baik persekitaran perniagaan dan meningkatkan peluang pelaburan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan