31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

3 ladang babi di Sarawak pula dijangkiti ASF

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SELEPAS 16 ladang komersial di Paya Mengkuang di Masjid Tanah, Melaka dijangkiti demam babi Afrika atau African Swine Flu (ASF), sebanyak tiga ladang babi belakang rumah di Durin, Bahagian Sibu, Sarawak pula dijangkiti virus yang sama.

Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom berkata, kes-kes ini telah disahkan hari ini oleh Makmal Diagnostik Veterinar Sarawak menggunakan ujian Ujian Pantas Tindak balas Berangkai Polimerase (RT-PCR).

Beliau berkata, bahawa ASF adalah virus yang sangat ganas dan berjangkit tetapi hanya menyerang babi.

“Penyakit ini boleh membawa kepada masalah ekonomi yang serius, kerugian kepada petani tempatan dan juga memberi kesan kepada keselamatan makanan.

“Virus ini tidak berbahaya kepada manusia dan ia bukan penyakit zoonosis,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dr Rundi berkata, pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Sarawak telah pun mengerahkan kakitangannya di lapangan untuk menentukan sejauh mana wabak itu menular dan telah mengambil semua tindakan yang perlu untuk membendung penyakit berkenaan daripadanya merebak lebih jauh ke ladang babi yang lain.

Katanya, pengawasan klinikal dan serologi sedang dijalankan dan spesimen diambil untuk ujian makmal.

Sementara itu, Dr. Stephen Rundi berkata, sebelum ini pengimportan daging babi dari Afrika dan juga dari negara berlaku jangkitan ASF termasuk dari Semenanjung dan Sabah adalah tidak dibenarkan.

Beliau berkata, Sarawak akan terus melakukan pemeriksaan di lapangan terbang, pelabuhan dan di kedai bagi memastikan daging babi dibawa masuk ke negeri ini secara haram tidak dijual kepada orang ramai.

Katanya, Bahagian Penguatkuasa JPV Sarawak akan terus menguatkuasakan Ordinan Veterinary Kesihatan Awam 1999 bagi memastikan daging babi yang dibawa masuk ke negeri ini diimport dari negara-negara yang bebas ASF.

Menurut beliau  semua pengimportan daging babi memerlukan permit import dan mengingatkan bahawa penyeludup akan diambil tindakan undang-undang.

Terdahulu, media melaporkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mengesahkan penyakit Demam Babi Afrika (ASF) telah menjangkiti 16 ladang babi komersial di Paya Mengkuang di Masjid Tanah, Melaka.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Dr Norlizan Mohd Noor, berkata bagi mengawal dan mencegah rebakan penyakit ASF, JPV telah menguatkuasakan ‘stamping out policy’ menerusi pemusnahan babi ladang yang telah disahkan positif ASF.

“Pemusnahan babi itu juga menggunakan kaedah gas CO2 (berkepekatan tinggi) berasaskan garis panduan Kod Amalan Kebajikan Haiwan-Pengurusan Pelupusan Haiwan, sebelum ditanam secara sempurna. \

“Hingga semalam sejumlah 1,864 ekor ternakan babi yang disahkan positif ASF di kawasan Paya Mengkuang itu juga telah dimusnahkan,”katanya.- Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan