26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Kerajaan lulus RM500,000 kepada ANSARA

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN meluluskan peruntukan sebanyak RM500,000 kepada Kepimpinan Persatuan Bekas Pelajar MRSM Se-Malaysia (ANSARA) dalam usaha membantu persatuan tersebut menyumbang bakti kepada Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di seluruh negara.

Perkara tersebut disampaikan Pengerusi Amanah Rakyat Malaysia (Mara), Datuk Seri Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi kenyataan hari ini.

“Hari ini Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan sumbangan sebanyak RM500,000.00 kepada Kepimpinan Persatuan Bekas Pelajar MRSM Se-Malaysia (ANSARA).

“ANSARA adalah persatuan alumni sekolah yang terbesar di Malaysia dengan keanggotaan mencecah seramai 225,000 orang di seluruh negara.

Advertisements

“Timbalan Perdana Menteri meluluskan peruntukan RM500,000 ini dengan harapan dapat membantu ANSARA menganjurkan pelbagai program bagi menggerakkan alumni MRSM dapat turun dan menyumbang bakti kepada MRSM seluruh negara,”katanya.

Dalam masa sama, katanya Ahmad Zahid juga menyarankan agar ANSARA dapat memfokuskan agenda membangunkan anak bangsa.

“Ia termasuklah dari segi pendidikan dan sosio-ekonomi melalui pelbagai program di bawah persatuan dengan kerjasama Mara,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan