27.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Inflasi mereda, inisiatif Payung Rahmah jadi penyumbang

Mesti Baca

KADAR inflasi di negara ini semakin mereda apabila mencatatkan 2.8 peratus pada bulan Mei lalu berbanding 3.3 peratus pada April.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub, kadar inflasi yang direkodkan itu jauh lebih rendah berbanding November tahun lalu iaitu berada pada kadar 4 peratus.

Beliau berkata, semenjak Kerajaan Perpaduan mengambil alih tampuk pemerintahan negara, kenaikan harga barangan dan perkhidmatan adalah pada kadar yang lebih rendah.

“Inflasi pada tahun 2023 terus mereda di mana kadar inflasi pada Mei 2023 adalah 2.8 peratus berbanding 3.3 peratus (April 2023), 3.4 peratus (Mac 2023) dan 3.7 peratus (Februari dan Januari 2023).

“Kadar inflasi yang dinyatakan ini adalah lebih rendah jika dibandingkan pada November 2022 sebelum Kerajaan Perpaduan memerintah di mana inflasi pada masa itu berada pada kadar 4.0 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Salahuddin berkata, inflasi pada Mei lalu mereda pada kadar 2.8 peratus disumbangkan antaranya oleh inflasi Kumpulan Makanan dan Minuman Bukan Alkohol yang menurun kepada 5.9 peratus berbanding 6.3 peratus pada bulan sebelumnya.

Katanya, subkumpulan Makanan di Rumah mencatatkan kadar inflasi yang lebih rendah iaitu 4.3 peratus pada Mei berbanding 5.0 peratus pada April.

Manakala Subkumpulan Makanan di Luar Rumah pula, jelas beliau, kekal pada kadar 8.1 peratus bagi April dan Mei 2023.

“Prestasi inflasi yang semakin baik ini adalah hasil usaha yang dilaksanakan oleh Kerajaan Perpaduan bagi mengekang kenaikan harga yang tidak terkawal terutamanya bagi barangan makanan dan barangan keperluan asas,” katanya.

Advertisements

Kata Salahuddin, antara langkah yang diambil adalah meneruskan dasar mengawal harga sama ada dengan atau tanpa subsidi bagi barangan keperluan utama raktya,

Ini termasuk minyak masak botol dan peket, gula putih bertapis kasar dan halus, ayam bulat, telur gred A, B dan C, beras putih tempatan, LPG, RON 95 dan diesel.

Tambah beliau, pemantauan dan penguatkuasaan berterusan dilaksanakan oleh KPDN bagi memastikan bekalan mencukupi, harga kawalan dipatuhi dan pada masa yang sama mengelakkan ketirisan.

“Sehingga Jun 2023, sebanyak 440,327 bilangan pemeriksaan telah dilaksanakan dan merekodkan 854 kes dan RM11.8 juta nilai sitaan/rampasan,” katanya.

Katanya, inisiatif Payung Rahmah yang dilaksanakan KPDN juga terbukti berjaya menstabilkan inflasi pada yang lebih rendah.

Salahuddin berkata, kedudukan inflasi dengan trend mereda bagi Subkumpulan Makanan di Luar Rumah turut disumbangkan oleh pengenalan Menu Rahmah pada 31 Januari lalu.

“Inflasi Subkumpulan Makanan di Luar Rumah berjaya diturunkan kepada kadar 8.1 peratus pada Meu berbanding 9.6 peratus (November 2022).

“Setakat ini, terdapat 2,922 bilangan operator pengusaha Menu Rahmah di seluruh negara dan 290 pengusaha Menu Siswa Rahmah di universiti awam dan politekni,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan