31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 10, 2024

Sanusi persoal larangan sentuh isu 3R

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Noor mempersoal tindakan melarang ahli politik daripada menyentuh isu membabitkan raja, agama dan bangsa (3R) ketika berkempen.

Muhammad Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Pas berkata, perkara itu dimomokkan supaya tidak ditimbulkan kerana parti pemerintah tidak mempunyai asas bagi memperkatakan isu tersebut.

Beliau berkata, 3R sebenarnya bukan isu kerana parti-parti politik di negara ini ditubuhkan berasaskan kaum seperti MIC berasaskan kaum India, MCA (China), DAP (China), Pas (Melayu) dan lain-lain.

“Jadi kalau asas kepada penubuhan (parti), kita tidak boleh cakap, kita nak cakap pasal apa? Saya rasa ini semua nak ikat kaki dan tangan kita, jom lawan tapi kaki dan tangan kamu aku ikat, ini tidak adil. 

“Kalau tidak boleh cakap pasal 3R, ini ada dalam Rukun Negara. Pertama, kepercayaan  kepada Tuhan, itu agama. 

“Cuma saya kata mungkin benda-benda yang sentitif, kalau cakap pasal agama jangan kecam agama lain. Itu tidak boleh, saya setuju. Itu 3R yang tidak sepatutnya diucapkan sesiapa pun,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian dalam podcast Keluar Sekejap yang dihoskan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Shahril Suffian Hamdan.

Merujuk kepada kenyataan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng yang mendakwa ‘gelombang hijau’ bakal musnahkan tokong dan menafikan hak agama di Pulau Pinang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu berkata, itu yang patut dielakkan.

“Macam Guan Eng kata, kalau Pas menang, agama lain akan terancam. Itu tidak boleh cakap tetapi bagi Perikatan Nasional (PN), Pas, kita tidak pernah kata macam itu. 

“Walau di Kelantan kita perintah sudah 33 tahun, patung Buddha tidur, berdiri, masih berada di sana masih kukuh. 

“Semua gambaran yang diberi DAP ini, gambaran menampakkan kita ekstrem termasuklah label gelombang hijau. Ini hendak menakutkan pengundi bukan Islam kepada Pas, PN dan Islam,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Dua helikopter TLDM terhempas dalam keadaan ‘airworthy’

DUA helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Lumut ketika raptai lintas hormat sempena Hari TLDM Ke-90...

Lagi Artikel Berkaitan