26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

KKM arah henti jualan kosmetik Armila Beauty

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PRODUK kosmetik Armila Beauty Kak ELL Pigment Booster dikesan mengandungi racun berjadual Betamethasone 17-Valerate oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan (KKM).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, susulan itu, notifikasi produk kosmetik tersebut dibatalkan dan penjualan tidak dibenarkan.

Beliau turut menggesa orang awam supaya tidak membeli dan menggunakan produk kosmetik berkenaan.

“Produk yang mengandungi betamethasone 17-valerate adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat ahli profesional kesihatan.

“Penggunaan produk yang mengandungi bahan tersebut tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit muka yang disapu menjadi nipis dan mudah mengalami iritasi, berjerawat, perubahan pada pigmentasi kulit dan meningkatkan risiko untuk diserap ke dalam sistem peredaran darah yang boleh membawa kesan mudarat,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Dalam masa sama, penjual dan pengedar produk kosmetik yang terlibat diingatkan untuk menghentikan penjualan serta-merta.

“Penjualan dan pengedaran produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984,”katanya.

Menurutnya, individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan itu boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

“Manakala bagi syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan