28 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 16, 2024

DBKL angkut, kompaun 22 motosikal halang laluan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengangkut 22 buah motosikal yang dikenalpasti telah ingkar dengan membuat halangan di sekitar laluan orang kelainan upaya (OKU), laluan siar kaki dalam pemeriksaan yang dilakukan sekitar pusat bandaraya semalam.

Pemeriksaan menerusi Tindakan Khas Angkut dan Kompaun Kenderaan Buat Halangan Tempat Awam di sekitar laluan orang kelainan upaya (OKU), laluan siar kaki serta yang ingkar papan tanda larangan parkir motosikal tersebut dilakukan pegawai Penguatkuasa dan Warden Trafik Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKLdi Jalan P..Ramlee dan Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

DBKL dalam kenyataan berkata, menerusi siri tindakan berkala sekitar kawasan tumpuan (hotspot) kali ini, sejumlah 22 buah motosikal telah dialihkan ke Depoh Simpanan Tunda Kenderaan DBKL Jalan Pahang untuk tindakan lanjut.

Advertisements

“DBKL turut mengeluarkan 22 notis kompaun dan tahanan sementara,”katanya di sini.

Berikutan itu, DBKL berkata, tindakan penguatkuasaan dilakukan menerusi kesalahan dibawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

Ujar DBKL, pihaknya turut mengingatkan kepada pengguna jalan raya dan pemilik premis agar mematuhi peraturan dan isyarat lalulintas yang telah ditetapkan pihak berkuasa dan memastikan kenderaan motosikal atau kereta diletakkan ditempat sepatutnya tanpa menghalang dan menggangu pejalan kaki atau kelancaran lalulintas. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

KPM umum beberapa inisiatif termasuk lonjak kapasiti guru digital

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital, kata Menteri Pendidikan,...

Lagi Artikel Berkaitan