30.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Fenomena hujan lebat: 12 rakyat Malaysia gagal dihubungi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Luar Negeri melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi, India sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mengesan seramai 12 rakyat Malaysia yang gagal dihubungi di negara itu.

Ia susulan laporan mereka tidak dapat dihubungi oleh keluarga masing-masing selepas fenomena hujan lebat yang melanda wilayah utara India, Ahad lalu.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi telah dimaklumkan bahawa kumpulan berkenaan sedang menyertai ekspedisi pengembaraan di Hampta Pass, Himachal Pradesh, India.

“Sebarang perkembangan terkini mengenai status rakyat Malaysia yang terkesan dalam kejadian ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya, hari ini.

Advertisements

Menurutnya, Suruhanjaya Tinggi Malaysia juga akan terus memantau perkembangan di Himachal Pradesh.

Wisma Putra turut menasihatkan rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular untuk berhubung terus dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di alamat 50-M Satya Marg, Chanakyapuri, New Delhi 110021 atau talian +91 85955 50594 dan e-mel [email protected].

“Rakyat Malaysia juga dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan terus berwaspada serta sentiasa mengikuti perkembangan cuaca di setiap lokasi yang dikunjungi,” katanya.

Menurut laporan media tempatan, sekurang-kurangnya 31 orang maut di negeri Himachal Pradesh akibat fenomena hujan lebat, manakala ratusan pelancong terkandas di daerah Lahaul-Spiti dan Mandi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan