31 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

Chelsea hilang sabar dengan Lukaku

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

CHELSEA dilaporkan sudah muda hilang sabar dengan kelakukan Romelu Lukaku selepas penyerang itu enggan berhijrah ke Arab Saudi.

Lukaku kini menjalani latihan di Cobham selepas setahun kembali dari pinjaman ke Inter Milan musim lalu.

Pengurus, Mauricio Pochettino mengesahkan penyerang itu tidak akan kekal di Chelsea selepas namanya tidak disenaraikan dalam senarai pemain The Blues ke jelajah Amerika Syarikat.

Lukaku sebelum ini dijangka menyertai semula Inter namun penyerang kebangsaan Belgium itu mencetuskan kontroversi mengundang kemarahan penyokong Nerazzurri apabila menyatakan mahu berhijrah ke Juventus.

Tindakan tersebut dilapor berpunca daripada keputusan Simone Inzaghi meletakkan Lukaku di bangku simpanan pada final Liga Juara Juara Eropah musim lalu.

Advertisements

Penyerang itu bagaimanapun menafikan perkara tersebut menerusi ciapan di Twitter.

“Apabila kebencian tidak berjalan seperti diharapkan, mereka mula bercakap perkara yang menipu,” ciapnya di Twitter.

Menurut laporan Gazetta dello Sport, kelab Arab Saudi, Al-Hilal sedia menawarkan yuran perpindahan sebanyak RM260 juta kepada Chelsea namun Lukaku mahu kekal di Eropah.

Juventus kekal berminat tetapi mahu menjual Dusan Vlahovic ke Paris Saint-Germain (PSG) terlebih dahulu sebelum membuat sebarang bidaan.

Lebih menarik, penyokong Juventus juga meluahkan bahawa mereka tidak mahu Lukaku menyertai The Old Lady. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selangor sah tarik diri Piala Sumbangsih bertemu JDT

SELANGOR FC (SFC) membuat keputusan untuk menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’azim di Stadium Sultan...

Lagi Artikel Berkaitan