33.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Pemilik Spurs minta Levy jual Kane

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PEMILIK Tottenham Hotspurs, Joe Lewis meminta pengerusi kelab, Daniel Levy supaya menjual Harry Kane jika penyerang itu enggan menandatangani kontrak baharu.

Ini kerana Lewis tidak mahu penyerang kebangsaan England itu menghabiskan kontraknya sehingga akhir musim 2023-24 dan kemudiannya meninggalkan kelab secara percuma

Levi meletakkan nilai RM604.6 juta bagi mana-mana kelab mendapatkan Kane dan kini berdepan tekanan menjualnya jika pemain itu tidak mahu menyambung kontrak di Spurs.

Bayern Munich sebelum ini ada membuat dua tawaran untuk mendapatkan penyerang berusia 29 tahun ini namun kedua-duanya ditolak.

Kelab Bavaria itu bagaimanapun dilaporkan tidak berputus asa dan akan kembali dengan tawaran ketiga yang lebih baik.

Advertisements

Juara Jerman itu yakin dapat memujuk penyerang prolifik itu berhijrah ke Allianz Arena dengan isteri Kane, Kate dilapor sedang mencari rumah di Munich.

Sebelum ini, Manchester United turut menyatakan minat mendapatkan Kane namun enggan berunding dengan Levy yang menuntut yuran perpindahan yang disifatkan tidak masuk akal.

Oleh itu, United dilapor beralih kepada usaha mendapatkan penyerang lebih murah seperti Rasmus Hojlund dan Randal Kolo Muani.

Namun, Red Devils mempertimbang menyertai semula bidaan Kane jika Spurs berdepan tekanan menjual penyerang itu apabila jendela perpindahan hampir ditutup akhir Ogos depan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan