30.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 21, 2024

Jenazah Salahuddin dikebumikan tengahari ini

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JENAZAH Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Sulung, Serkat, Pontian, Johor tengahari ini.

Setiausaha Akhbar kepada Salahuddin memaklumkan, majlis pengkebumian itu dijangka akan dilakukan pada pukul 12 tengahari.

“Urusan ziarah dan solat jenazah pada pukul 8.30 pagi di Masjid Jamek Dato’ Noh Gadot, Serkat,” katanya.

Terdahulu, jenazah Salahuddin tiba di Terminal Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Senai kira-kira pukul 2.30 pag tadi.

Jenazah beliau diiringi isterinya, Datin Seri Fatimah Taha serta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Advertisements

Salahuddin menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.23 malam tadi di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

Beliau dimasukkan ke hospital Jumaat lalu selepas berasa mual mengalami muntah sebelum disahkan mengalami pendarahan otak.

Selepas menjalani pembedahan pada pagi Sabtu, Salahuddin ditidurkan dan ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) hospital tersebut.

Beliau yang berusia 61 tahun meninggalkan seorang balu dan enam orang cahaya mata. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Anwar terkesan, sedih dengan kematian Presiden Raisi

DATUK Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa terkesan dan sedih menerima laporan kemalangan helikopter yang membabitkan Presiden Iran, Ebrahim Raisi...

Lagi Artikel Berkaitan