32.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Saya tak pernah minta Anwar gugur pertuduhan – Zahid

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan beliau tidak pernah meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggugurkan tuduhan mahkamah.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, fitnah tersebut sengaja direka pihak pembangkang yang menyerangnya secara peribadi dan mahu menjatuhkannya.

“Apabila kita mahu mewujudkan Kerajaan Perpaduan, ada puak-puak (pembangkang ) yang mengatakan saya minta Anwar tarik barik pertuduhan pada saya.

“Kita akan dengar, Datuk Seri (Anwar) cerita dengan rakyat Kelantan, sekali pun saya tidak pernah minta tuduhan-tuduhan mahkamah itu ditarik. Puak-puak ini buat fitnah pelbagai dengan menyentuh hal peribadi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Negeri Kelantan di Machang, malam tadi.

Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini menghadapi 47 pertuduhan membabitkan kes pecah amanah (CBT), rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan dana Yayasan Akalbudi (YAB).

Advertisements

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, Kerajaan Negeri Kelantan di bawah Pas gagal mentadbir dan memajukan negeri tersebut biarpun telah 33 tahun memerintah.

Katanya, kegagalan Pas menguruskan kerajaan negeri merencat pertumbuhan ekonomi sehinggakan rakyat Kelantan terpaksa berhijrah bagi mencari peluang pekerjaan di negeri lain.

“Berapa peratus sumbangan Kerajaan Negeri Kelantan dalam pembangunan ekonomi negara? Cuma 1.8 peratus. Padahal orang Kelantan ramai yang pandai, ada yang jadi profesor, ketua eksekutif merata-rata, semuanya di luar kelantan. 

“Kerana Kerajaan Kelantan tidak dapat melakukan pertumbuhan ekonomi, tidak dapat memberikan pekerjaan kepada rakyat di mana mereka terpaksa mencari kerja di luar,” katanya.

Justeru itu, janji Ahmad Zahid, jika rakyat Kelantan memberi peluang kepada Kerajaan Perpaduan mengambil-alih pentadbiran kerajaan negeri, segala masalah terutama isu air akan diselesaikan.

“Kita tidak janji syurga, bulan bintang. Insya-Allah kalau Kerajaan Perpaduan dapat membentuk kerajaan di Kelantan, semua masalah itu (selesai) kita berazam untuk majukan Kelantan,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelaburan RM10.5 bilion bukti Microsoft yakin ekonomi negara

PELABURAN sebanyak RM10.5 bilion oleh syarikat gergasi Microsoft membuktikan keyakinan para pelabur asing terhadap asas ekonomi negara yang kukuh,...

Lagi Artikel Berkaitan