31.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Pemergian Salahuddin satu kehilangan besar – Anwar

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sangat terkesan dengan pemergian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Menyifatkan Salahuddin sebagai seorang sahabat yang setia, Anwar berkata, jasa dan budinya tentu tidak termampu dibalas secara materi.

“Secara peribadi, ia satu kehilangan besar buat diri saya dan keluarga. Salahuddin teguh bersama dalam perjuangan yang panjang ini sehingga ke akhir hayat.

“Beliau dikenali kerana punyai sikap keperibadian yang tinggi, sama ada kepada kawan mahupun lawan.

“Sosok yang kuat bekerja dan sangat taat pada amanah dan tanggungjawab. Berehatlah, sahabatku,” katanya menerusi catatan di Facebook malam tadi.

Advertisements

Salahuddin menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.23 malam tadi di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Pulai dimasukkan ke hospital pada Jumaat kerana berasa mual dan muntah-muntah.

Doktor pakar bagaimanapun mengesahkan Salahuddin mengalami pendarahan otak dan menjalani pembedahan pada Sabtu.

Anwar sementara itu, berharap agar keluarga Salahuddin diberikan kesabaran yang tinggi.

“Semoga Allah mengampunkan segala dosamu dan semoga saudaraku Salahuddin diberikan tempat yang istimewa di sisi-Nya, insya-Allah,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan