25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Salahuddin meninggal dunia

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MENTERI Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub meninggal dunia pada pukul 9.23 malam tadi.

Khabar duka itu disampaikan Setiausaha Akhbarnya, Syakirin Husnal menerusi kenyataan hari ini.

“Jenazah Allahyarham sedang diuruskan untuk dihantar pulang ke rumah ibunya di Kampung Serkat (Kopi Tenggek), Tanjung Piai, Johor.

“Sehubungan itu, pihak keluarga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak atas doa dan ingatan yang diberikan terhadap Allahyarham selama ini. 

“Keluarga Allahyarham juga ingin berterima kasih kepada semua doktor dan petugas di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah,” katanya.

Salahuddin dikejarkan ke hospital Jumaat lalu selepas mengalami mual dan muntah-muntah.

Advertisements

Beliau, bagaimanapun disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar dan perlu menjalani pembedahan.

Salahuddin pada pagi semalam selamat menjalani pembedahan dan dipantau pasukan perubatan di wad ICU.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa hari ini memaklumkan Salahuddin masih berada di wad ICU dan berada dalam keadaan stabil.

Sementara itu, Syakirin berkata, pihak Pejabat Menteri akan memberikan maklumat lanjut mengenai proses pengurusan jenazah dalam masa terdekat.

“Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama orang yang beriman,” katanya. 

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan